LATIHAN

SENARAIKAN KATA NAMA AM YANG TERDAPAT DALAM GAMBAR DI ATAS
1._____________________

2._____________________

3._____________________

4._____________________

5._____________________

Latihan 1 – Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
padang, bunga, peguam, dapur, kucing.
1. Ayah saya ialah seorang _____________.
2. Emak sedang memasak di _____________.
3. Kakak memelihara seekor ­_____________.
4. Datuk suka menanam _____________.
5. Abang dan adik sedang menyepak bola di _____________.

Latihan 2 – Gariskan kata nama am.
1. ( Petani, Nelayan) menangkap ikan di laut.
2. Bapa membeli sebuah ( kotak, kereta).
3. Kakak menyimpan baju di dalam ( meja, almari).
4. Murid-murid sedang membaca buku cerita di ( kantin, perpustakaan).
5. Cita-cita saya ialah menjadi seorang (doktor, hospital).

 Latihan 3 – Gariskan kata nama khas yang terdapat dalam ayat-ayat berikut.
1. Adik saya sayang akan Si Comel.
2. Xin Yi seorang murid yang pandai
3. Abang telah membeli sebuah kereta Toyota.
4. Harga telefon bimbit Samsung mahal
5. Kami sekeluarga pergi ke Kuala Lumpur.

Latihan 4 - Gariskan kata nama khas.
1. Mei Ling bersekolah di ( Zoo Negara, SJK (C) Sam Chai).
2. ( Cikgu Ng, Doktor Lee ) sedang mengajar kelas 1H.
3. Puan Wong tinggal di ( Berita Harian, Taman Onn ).
4. King Hong suka menonton rancangan kartun ( Milo, Doraemon ).
5. Bapa memakai kasut berjenama ( Toshiba, Adidas ).

 Latihan 5 – Isikan tempat kosong dengan kata ganti nama diri.
Awak, Kita, saya, -nya, kamu.
1. Nama _____________ Lee Jia Yi.
2. Kotak pensel _____________ sangat cantik.
3. _____________ suka makan apa?
4. _____________ mesti berdiri tegak semasa menanyikan lagu Negaraku.
5. Di manakah _____________ tinggal?

Latihan 6 – Isikan tempat kosong dengan kata ganti nama diri.
Kita, Mereka, awak, Dia, Saya.
1. Wah, cantiknya baju _____________.
2. _____________ perlu bersenam selalu untuk menjaga kesihatan.
3. Samy mempunyai seekor anjing. _____________ bermain dengan anjingnya pada masa lapang.
4. Saya murid tahun satu. _____________ suka membaca buku.
5. Ethan dan Ken berkawan baik. _____________ pergi ke sekolah bersama-sama.



No comments:

Post a Comment