Monday, October 1, 2012

PENGERTIAN KATA NAMA


Kata nama adalah golongan kata yang terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan.



Kata Nama Am
Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menyatakan orang, 
binatang, benda dan tempat secara umum. Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada permulaan setiap ayat. Contoh kata nama am adalah seperti berikut:

Kumpulan
Contoh
Ayat contoh
orang
Ayah, ibu, adik, guru, doktor, pesakit
Guru sedang mengajar murid-murid.
binatang
Lembu, kambing, anjing, buaya, ular
Kambing sedang makan rumput di padang.
benda
Pen, pensel, radio, televisyen, meja
Meja ini diperbuat daripadakayu.
tempat
Perpustakaan, padang, bilik, kantin, dewan.
Murid-murid sedang bersenam di padang.



Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk menyatakan manusia, haiwan, benda dan tempat secara khusus. Huruf awal pada setiap kata nama khas ditulis dalam huruf besar. Contoh kata nama khas adalah seperti berikut:

Kumpulan
Contoh
Ayat contoh
orang
Puan Chong, Cikgu Ahmad, Encik Lee
Cikgu Ahmad ialah guru kelas saya.
binatang
Sang Kancil, Si Comel, Si Putih, Sang Katak
Sang Kancil  gembira tinggal di dalam hutan.
benda
Sony, Proton Waja, Toyota, Dell, Apple
Ayah telah membeli sebuah kereta Proton Waja.
tempat
Kedah, Dewan Budaya, Taman Jaya, Jusco
Kami sekeluarga tinggal diKedah .